Sunday, May 31, 2009

Asma' cucu ke-48




Salam...

Asma' dah masuk hari ke-7. Masih ada lagi jaundis sikit-sikit, tapi dah kurang. Asma' banyak minum susu ummi. Moga-moga tanda jaundis akan hilang tak lama lagi, insya Allah.



Abi cakap, Asma' cucu Tok dan Tok Ayah (sebelah ummi) yang ke-48... Fuhh, ramai betul cucu tok ayah dan tok. Abang Muazz cucu ke 36, Hajar lak cucu ke 42. Makin bertambah cucu tok dan tok ayah, maklumlah... ummi ada 14 adik beradik, ummi anak ke 10... patut la ramai cucu-cucu nya...



Belah abi pulak, Asma' cucu yang ke-10. Muazz cucu ke 6 dan Hajar cucu ke 9. Nenek tgh tunggu cucu2 ke 11 dan 12 tak lama lagi.

Besarnya keluarga kami... Alhamdulillah

Ye..ye.. Najiyya datang!!!

Salam...

Semalam, kami terima ramai gak tetamu.

Datang nak tgk baby Asma'. Ayah Long dan keluarga datang umah kami siap bawak bekal lagi. Kami makan sama-sama, berkelah. Seronok betul.

Abang Muazz dan Hajar dapat main dengan Abang Aiman, Abang A am, Kak Nabihah, Kak Mira dan Afrina...

Petang plak, Nurul Fatihah dan Damia Irdina plak datang...

Malam plak, Najiyya datang umah kami. Abi kata, dah lama tak jumpa uncle Nazri dan auntie Maisarah. Akhirnya mereka sampai gak umah kami... Terima kasih bagi hadiah kat baby Asma'... :)

Wah... seronok betul. Malam nya, kami tidur awal, sebab esok kami nak balik kampung. Kat Kelantan... Ye ye... bestnya...

Tak sabar nak jumpa nenek, tok dan tok ayah...

hehehe,.... jumpa kat kmpung pulak yer... :)

Friday, May 29, 2009

Kasih Seorang Abang

Kasih seorang abang...

Tidur ye Asma'... abang Muazz dodoikan...


Monday, May 25, 2009

Kami ada adik baru

Salam...

Ye ye... kami dapat adik baru... wah, tak sabar nak main ngan adik kami ni.

Hajar nampak gayanya ada geng la nak main masak-masak lepas ni. Takpe, korang masak, abang Muazz tolong makan... hehe

Ni dia gambar adik baru kami...







Sapa nama adik kami ni yer? Nanti nak tanya abi la... Ada cadangan tak??? Nanti kami bagitau abi dan ummi...

Hmm... nak bagi nama apa yer...

Friday, May 22, 2009

Selamat Hari Jadi Nenek


Hari ni ulangtahun Nenek ke 61. Kesian nenek... sambut hari lahir takde kami semua. Masa abang Muazz telefon nenek tadi, nenek kata nenek masak pulut kuning dan rendang daging. Bestnye... Ayah Chik belikan nenek kek...

Takpe la nenek.... nanti hujung bulan nih, kami balik jumpa nenek, kita celebrate sama-sama sekali lagi... amacam, ok tak nek???

Abang Muazz dan Hajar doakan nenek sentiasa sihat, bertenaga untuk terus istiqomah dalam menunaikan ibadah...

Kami sayang nenek.... WE LOVE U SO MUCH...

Thursday, May 21, 2009

Jalan2 pi Cameron

Salam...

Dah lama tak update. Tak de cerita nak update. Cuma nak letak gambar semasa pergi bercuti Cameron Highland hujung tahun lepas... Seronok rasanya. Kalau ada peluang, abang Muazz dan Hajar nak pergi lagi la... nak kena ajak Abi dan Ummi nih...







Bergambar di Ladang Teh...

Monday, May 11, 2009

Detik Cemas Muazz

Salam...

Abang Muazz dan Hajar,

Maafkan abi, izinkan abi mencelah sekejap di blog abang Muazz dan Hajar...

Abi nak cerita sedikit pengalaman semasa abi dan ummi menanti kelahiran abang Muazz. Tak sempat abi nak ceritakan pada hari lahir abang Muazz, jadi kesempatan yang ada ni, abi nak gambarkan bagaimana keadaan abi dan ummi ketika itu...

Versi seorang bapa...

Kisahnya bermula begini...

Jeng jeng jeng...

====

Hari itu hari Rabu. 3 Mei 2006. Waktu itu abi di sekolah. Ummi pun kat sekolah. Tapi abi di Klang, Ummi di Subang Jaya. Hari itu umi agak lewat ke sekolah sebab ada last check up untuk Muazz. So, lepas habis check up, abi hantar ummi ke sekolah. Nasib baik abi sekolah petang.

Sedang abi nak masuk kelas, abi terima panggilan telefon daripada ummi. Jam ketika itu pukul 2.30 petang. Ummi kata, ummi bleeding. Mau tak terkejut abi dengar!!! Tak dapat abi nak bayangkan dan gambarkan perasaan abi ketika itu. First time... Muazz. Abi agak panik sangat masa tu. Abi segera jumpa Penyelia Petang minta izin nak keluar amik ummi dan hantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah.

Sampai di HTAR lebih kurang jam 4.30 petang. Terus abi bawak ummi ke ER. Bila nak register, ummi kata, ummi tertinggal Buku Merah kat sekolah. Keadaan bertambah kalut dan panik. Nak patah balik ke Subang Jaya masa tu, cukup jammed. Peak hours... semua orang balik kerja. Jalan susah tentu makin sesak.

Alhamdulillah, Allah bagi pertolongan buat kami. Abi teringat ada kawan ummi yang tinggal di Banting. jadi, abi minta tolong kawan umi yang on the way balik ke Banting untuk tolong ambilkan rekod check up tu.

Ummi warded. Kena tahan sebab doktor kata dah pecah ketuban darah. Tapi katanya, mungkin lambat lagi. Abi ulang alik ke HTAR belah pagi, kemudian datang semula belah malam. Kesian ummi sorang-sorang kat sana.

4 Mei 2006. Masih lagi belum tunjuk tanda-tanda Muazz akan dilahirkan. Ummi dah boring kat hospital. Ummi pujuk abi, nak balik. Doktor tak bagi. Kalau ikut due, Muazz dijangka lahir pada 22 Mei. Lambat lagi tuh.

Lepas abi balik sekolah petang khamis tuh, abi duduk sekejap di ruang tamu, berehat. Malam tu pergi lambat sikit ke hospital. Abi takde selera nak makan. Abi cuma masak mee maggi je. (Opss... ummi tak tahu tuh. Abi tak bgtau pun. ) Tengah2 layan makan, abi dapat SMS daripada ummi, katanya air ketuban dah pecah! Maknanya, Muazz dah nak keluar.

Abi bergegas ke hospital. Waktu melawat dah lama habis. Abi cuma boleh tunggu kat luar. Tapi abi minta dengan pengawal tu, nak masuk kejap. Nak amik barang-barang berharga ummi sambil nak bagi ummi minum air selusuh.

5 Mei 2006. Jam 1.30 pagi. Ummi dibawa masuk ke labour room. Kata Ummi tadi, air ketuban pecah dalam pukul 10 malam. Abi tidak dibenarkan masuk bersama. Kesal sungguh. Kena tunggu luar. Kalau di hospital swasta, pasti abi dapat bersama melalui detik indah bersama ummi, tapi... apakan daya abi, waktu itu, keadaan kewangan tidak mengizinkan.





Ramai sanak saudara kat kampung, abi SMS. Minta doa daripada mereka semua. Nenek dan tok di kampung, abi telefon. Ye lah, kat sini... abi dan ummi jer. Takde sesiapa. Dah la pengalaman pertama. Abi agak panik bila ummi masuk labour room.

Abi cuma banyakkan berdoa agar ummi dan Muazz selamat. Abi baca Yasin agar ummi tenang dan kuat. Lama abi tunggu kat luar. Jam banyak kali abi jeling. Jam 4.00 pagi, ummi masih belum keluar jugak.


MasyaAllah... lama betul.


Tepat jam 5.15 pagi jumaat, 5 Mei 2006, ummi disorong keluar daripada bilik bersalin. Ummi tersenyum, tapi kelihatan penat.

Alhamdulillah, ummi dan Muazz selamat. Abi kucup ummi dan Muazz. Bagai tak percaya, abi dah jadi bapa. Bapa kepada Muazz. Abi amik Muazz, abi azan dan iqomat kan. Bagai nak menitis air mata abi ketika itu, tanda kesyukuran yang tidak terhingga kerana Muazz lahir dalam keadaan yang sihat.

Ummi cakap, sebenarnya Muazz dah lama keluar. Maknanya Muazz dah lama lahir. Seingat Ummi jam 2.05 pagi. Wow... kenapa lak lama dalam labour room sampai jam 5.15 baru keluar?

Saat itu, begitu bermakna buat abi dan ummi. Walaupun abi dan ummi sahaja yang menyambut Muazz. Takde keluarga yang lain. Abi bangga dengan ummi. Dengan semangat ummi.

Muazz hanya boleh keluar wad pada hari Sabtu. Tok datang dari kampung, sampai pagi Sabtu. Pakcik Nazri yang hantar dari Kelantan. Ada la peneman ummi, abi dan Muazz...

Tengah hari Sabtu 6 Mei 2006, Abi bawak balik Muazz ke rumah sewa kita di Bandar Puteri, rumah kawan abi, Uncle Saiful dan Auntie Nashwa yang ke Jepun.

Bertambah tanggungjawab abi dan ummi. Tanggungjawab yang begitu bermakna buat kami. Kehadiran Muazz telah mengubah hidup abi dan umi.

Abi dan Umi sentiasa berdoa agar suatu hari nanti, bila Muazz dah besar, Muazz akan jadi salah seorang Huffaz Al-Quran, InsyaAllah...

Abi dan Umi juga harap, Muazz dapat jadi seorang abang yang terbaik buat adik-adik nanti. Abang kepada Hajar, dan abang kepada adik yang bakal lahir tidak lama lagi, InsyaAllah. Tunjukkanlah contoh yang terbaik buat mereka.

Abang Muazz lah tempat abi dan umi harapkan untuk jaga adik-adik suatu hari nanti, tatkala abi dan ummi sudah dijemput Allah. Abi dan Ummi akan bekalkan sebanyak mungkin ilmu untuk Muazz harungi kehidupan yang kian mencabar nanti...

Sunday, May 10, 2009

Happy Mother's Day...Ummi

Salam,

Ummi...

You are the best...


Sempena Hari Ibu ni, Abang Muazz dan Hajar nak dedikasikan sesuatu untuk Ummi tersayang

Ummi...

Terlalu banyak pengorbanan ummi...

Tak terkira jasa dan susah payah ummi selama ini...

Dulu, semasa ummi kandungkan kami, banyak susah dan peritnya. Sejak awal dalam kandungan, sehinggalah saat kami ingin keluar menjengah dunia ini.

Kami masih ingat, saat kita bergurau senda, semasa kami dalam karung lagi. Kami bermain-main dalam perut ummi... sesekali tendangan kami tepat mengena perut ummi... sakit ke ummi... maaf kami, ye ummi...

Sesekali, kami menggeliat kecil, penat dan sakit badan menggelunsur dalam perut ummi. Namun mesti ummi sakit kan? Kami mengeras... kami menggeliat, kami menumbuk dan kami turut menendang... permainan dalam rahim suci itu. Sangka kami, ummi suka... namun yang pasti, ummi kesakitan... maaf ummi

Saat kami beriya untuk keluar bertemu abi dan ummi, lagi menyakitkan, bukan?

Kesian ummi... mesti banyak air mata teralir lagi. Mesti ummi mengerang tahan sakit, dek kerana kami ingin segera keluar. Maafkan kami ummi... tidak terniat untuk menyakitkan ummi... kami sayangkan ummi. Sebab ummi lahirkan kami... kami berada di sini, kini.

Bila kami selamat dilahirkan, ummi pasti gembira. Abi juga, bukan? Kamilah paling gembira kerana berjaya keluar dari rahim yang sudah 9 bulan 10 hari telah kami huni. Kami gembira dapat bertemu insan yang kami gelar ABI dan UMMI...

Pastinya ummi bertarung nyawa nak lahirkan kami. Bertaruh antara hidup dan mati. Kami terharu dengan semangat cekal ummi... Ummi kuat dan tabah semata-mata untuk pastikan kami selamat singgah di dunia ini, terima kasih ummi...





Bila kami dah lahir juga, ummi tak dapat tidur lena lagi. Nikmat tidur dan rehat ummi sudah tiada lagi. Kami menangis, kami sakit perut, kami kembung, kami cirit birit, dan macam-macam lagi.

Abang Muazz hanya sempat minum susu Ummi sebulan je. Tak tau kenapa. Abang kesal tak dapat merasai nikmat susu ummi sebaiknya, tak seperti Hajar.

Hajar baru sahaja berenti susu ummi. Sebab kami dah nak dapat adik baru lagi... Ye ye.. kami akan dapat kawan lagi... Alhamdulillah...


Masa kami sakit, kami demam, ummi jaga kami dengan baik.

Kami demam, ummi berjaga malam...

Kami sakit, ummi bawa kami ke klinik...

Kami jatuh, ummi amik perca jadikan anduh...

Kami luka, ummi sapu ubat segera...

Kami nakal, ummi pukul biar bunga rasa sesal...

Ye... kami nakal...ummi pasti marah. Maafkan kami ummi, terpaksa buat ummi marah. Kami janji, kami akan jadi anak yang soleh dan solehah. Kami tahu, ummi marah, ummi pukul, ummi cubit sebab ummi sayangkan kami, kan?

Kami doakan ummi akan sentiasa beroleh bahagia, selamat dunia akhirat. Kami akan membesar sebagai anak yang terbaik buat ummi dan abi.

Sempena Hari Ibu ini, kami nak hadiahkan award untuk ummi... khas untuk ummi. Abang Muazz dan Hajar amik kat blog auntie Mai, ummu Najiyya. Terima kasih Auntie...

Kami doakan ummi akan selamat lahirkan baby tak lama lagi... sabar ye ummi. Semoga perit lelah ummi selama ini akan dibalas Allah, sebaiknya...

Ummi... ketahuilah... bahawa sesungguhnya

We Love u...Ummi

Selamat Hari Ibu... Ummi kami yang tersayang

Tuesday, May 05, 2009

Let's drive the car...

Sekali sekali memandu, best jugak kan?

Memang best drive kereta nih... tengok je lah kami berdua bawak kereta mainan ni...

Abang Muazz bawak keretapi..


Hajar pulak bawak F1... suka tul Hajar...


Tapi Abang Muazz dah tak nak bawak train, nak tukar ngan Hajar...

nak drive F1 plak... boleh la Hajar... please...

So, abi pun ajak Hajar naik kuda pulak...

Tapi...



Hajar tak nak... Hajar nangis la pulak... takut... tu yang cikde duk pegang tuh...

Tapi abang Muazz cool je...

Tengok la tuh... bergaya je naik kuda...

Amboi... baik punya posing ni...


Go..go..go...

Happy Birthday to Abang Muazz... Semoga dapat jadi abang yang baik yer...

Tak lama lagi, abang Muazz dan Hajar akan dapat adik baru...

Be a good brother and sister, ok?


Selamat Ulangtahun Abang Muazz

Selamat Hari Ulangtahun Abang Muazz ke-3...

Abi dan Ummi doakan abang akan jadi anak yang soleh, berakhlak mulia dan seorang abang yang beratnggungjawab kepada adik-adiknya... insyaAllah


Sunday, May 03, 2009

Jalan2 Hujung Minggu

Salam...

1 Mei 2009

Abi dan ummi bawak kami semua gi jalan-jalan ke Pantai Remis, Kuala Selangor. Memang best, bukan sahaja dapat jalan-jalan tepi pantai sambil makan kepok lekor dan air kotak, kami dapat gak main-mian kat playground...

Yang best tu, cikde pun ikut sama... ciksu, jangan jeles tau...

Bergambar di tepian pantai... abang ghalit tengok layang-layang


Jalan-jalan...


Hajar menungkan apa tuh??? Jauh je...

Posing nampak... cikde la yang suruh nih... ish..ish

Tgh makan kepok... huhu

Bestnya dapat main...huhu

Ummi dan Cikde tgh shopping pe tuh??

Penat je main, kami singgah di surau dekat Meru untuk solat Maghrib. Lepas tu abi bawak kami makan. Nak tau makan kat mana?

Ta daaaaaaaaaaaaa....


Satay Hj Samuri. Nak belanja cikde, ummi dan tentunya kami la... Banyak gak kami makan... Hajar makan 5 cucuk. Abang je makan sikit... 3 cucuk jer... selebihnya??? Faham-faham je lah... huhu


Cikde control je nampak... makan la..

Kami makan satay... tengok je la kami makan tu...best tau

Best tul jalan-jalan hari ni. Lain kali abi kata nak datang lagi. InsyaAllah.

Blog Pilihan


Abi & Ummi

Asma'

Asma'

Jalan-jalan

Jalan-jalan

Abang Muazz

Abang Muazz

Hajar

Hajar

Keluarga Kami

Keluarga Kami
Keluarga Bahagia... Moga2 hingga ke Syurga... Ameen. Berkatilah hidup kami Ya Rabb

Pemata Hati

Pemata Hati

Jam Kami

Hari ini

Abang Muazz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Asma'

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ulangtahun Abi & Ummi

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Klik dalam kolam utk bagi ikan makan

Kak Hajar

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Abi Kami

My photo
Jurulatih Utama Pendidikan Islam, Program j-QAF, KSSR Negeri Selangor. Kini berkhidmat di SK Desa Putra, Kajang. 2005-2009 di SK Telok Menegon, Klang.

Followers