Thursday, October 29, 2009

Sembuhkan lah kami... Ya Allah

Dah lama tak update blog nih... Abi agak busy dengan urusan dan tugas.

Sebenarnya, Muazz dan Hajar baru sahaja sihat dari demam, yang disusuli dengan batuk serta selesema. Risau abi dan ummi tengok. Bila dah demam camani, yang paling susah dan saat yang menyukarkan ialah bila time bagi ubat...

Macam perang dunia ketiga pulak... Abang Muazz dah pandai kemam ubat, lepas tu di 'kuek' (luak) balik ubat tadi... Cuma Hajar je yang tak berapa pandai nak kuek... bila lama ubat duk dalam mulut, akhirnya tertelan juga akhirnya...

Tapi, dua hari lepas, Asma' pula yang demam, batuk dan selesema... kesian baby Asma'... tiap kali batuk, Asma' akan muntah... banyak kali kena tukar baju sebab basah dengan muntah susu tuh,.. yang eloknya, keluar kahak dan lendir... tu yang membuatkan Asma' batuk.

Time bagi ubat kat Asma' pun sama... Asma' pun dah pandai kuek ubat... ubat yang diberi dgn shringe tu tak ditelan, sebaliknya dikeluarkan semula dengan lidahnya... Ya Allah... takkan la ketiga2 beradik ni mewarisi abinya masa muda2 dulu... anti-ubat!!!

Asma' walaupun baru je masuk 5 bulan, tapi sudah tahu bezakan antara ubat dan air. Abi cuba suap madu untuk kurangkan batuk... pun sama. Asma' tak telan pun ubat tu, malah cuba memuntahkan semua ubat dan susu yang telah diminum sebelum tuh.

Sampai hari ni, Asma' masih batuk2... kesian baby... Kak Hajar dan Abang Muazz dah kembali ok sikit, walaupun terbatuk lagi sikit2...

Ya Allah... Kau sembuhkan lah kami semua... Ameen Ya Rabb..

Saturday, October 10, 2009

Bakar Ayam

Salam...

Malam tadi, lepas je usai solat Maghrib, Abi bawa kami semua ke rumah Ayah Long. Kat sana Cik Ngah, Ayah Ngah, Najihah, Wafa', Adib dan Ayah Chik dah sedia menanti.

Yang syoknya, malam tadi kami semua berbarbeku (bakar ayam). Best sangat... seronok Abang Muazz dan Hajar main kejar2 kat luar rumah ngan sepupu2 semua.

Ayah Chik snap byk gambar, tapi tak sempat Abi nak copy. kalau tak, boleh la tayang kat sini. Betapa gumbiranya kami... nak tunjuk kat Cik De dan Cik Su. Mesti Cik Sue lagi berkobar2 nak balik... huhuhu.

Nanti la... kalau Ayah Chik dah upload gambar2 tuh, Abi masukkan kat sini.

Terima kasih kat nenek sebab kirimkan rendang ayam, buah rambutan, limau dan lemang.

Blog Pilihan

Abi & Ummi

Asma'

Asma'

Jalan-jalan

Jalan-jalan

Abang Muazz

Abang Muazz

Hajar

Hajar

Keluarga Kami

Keluarga Kami
Keluarga Bahagia... Moga2 hingga ke Syurga... Ameen. Berkatilah hidup kami Ya Rabb

Pemata Hati

Pemata Hati

Jam Kami

Hari ini

Abang Muazz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Asma'

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ulangtahun Abi & Ummi

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Klik dalam kolam utk bagi ikan makan

Kak Hajar

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Abi Kami

My photo
Jurulatih Utama Pendidikan Islam, Program j-QAF, KSSR Negeri Selangor. Kini berkhidmat di SK Desa Putra, Kajang. 2005-2009 di SK Telok Menegon, Klang.

Followers