Tuesday, September 29, 2009

Webcam dengan Cik Sue di pagi Syawal

Salam Syawal...

Syawal kali ni, dah dua kali tak dapat beraya dengan Cik Sue... tapi sejak semalam lagi, kami semua webcam dengan Cik Su di Mansourah, Mesir... so, dapat la ciksu tengok kami semua bersalaman dan bergambar di pagi Syawal...


Nenek tengah bersembang maya dengan Cik Sue... CikSue tengah sebak... nangis ler tuhh...



Semoga ciksu dapat natijah yang baik dan dapat balik secepat mungkin...

Kami rindu CikSue.... :)

Hajar merajuk...

Salam Syawal...

Suka tengok gelagat Hajar masa Hari Raya pertama... Abi bawak Abang Muazz pergi Solat Eidul Fitri kat Masjid. Nenek, Ayah Chik dan Cikde ikut sama...

Yang tinggal tak umah, cuma Ummi, Hajar dan Asma' jer... sebab masa tu, Hajar tidur lagi.

Bila balik solat eidul fitri, ummi bagitau Hajar menangis tak berhenti sebab cari Abi dan Abang Muazz takde kat umah nenek... terisak2 Hajar... ummi kata, Hajar merajuk...

Buktinya...



Hajar masuk ke dalam bilik... pastu landing atas lantai... menekap mukanya... lama gak nak suruh dia angkat muka tuh... abih gaya pujuk...



Hajar hanya berpaling... bila Abi panggil... tu pun tak senyum langsung...



Hajar masih dalam mood yang kurang baik... walaupun ramai yang cuba buat lawak dan senyum kat dia... Hajar masih tak nak layan... masih memendam perasaan la tuh...


Haa... ni baru berjaya dipujuk... akhirnya, Hajar mengalah apabila kamera di 'acu' padanya...


Pastu ayah Chik pujuk bergambar dengan dia...


Pastu Hajar bergambar dengan Cikde dan Ayah Chik..
Nampaknya mood dah ok... sebabnya lepas ni kami nak kuar jalan-jalan pi umah CikNgah kat Tanah Merah... huhu


Pastu bergambar dengan Abi, Ummi, Abang Muazz dan Baby Asma'... :)

Selamat Hari Raya... :)

Friday, September 25, 2009

Hajar makin pulih... Alhamdulillah

Salam semua... hari ni hari ke-6 Hajar sakit kat bahagian muka...

Alhamdulillah, setelah berperang dengan abi untuk makan ubat antibiotik dan ubat allergic, muka Hajar dah makin ok.

Cikde pun make over muka Hajar... Hajar macam ye ye jer... menyerahkan mukanya untuk di make up oleh cikde.

Hasilnya...





Esok, kami dah nak balik ke Klang... semoga perjalanan kami akan dipelihara oleh Allah Taala. Semoga semuanya selamat...

To ciksu... thanks sebab tak putus doakan unutk Hajar dari Mesir sana... Luv u so much laa...

Thursday, September 24, 2009

Salam Eid Mubarak

Kesian Hajar


Tahun ni, Hajar tak berapa ada mood nak beraya. Sebabnya pada hari raya pertama, mata Hajar dah mula membengkak. Rasanya macam kena allergic. Food Allergic.

Raya pertama, Hajar makan nasi arab kat umah Cik Ngah. Berlaukkan kambing biri-biri. Lepas je balik dari rumah cik ngah, makin besar bengkak kat mata Hajar.

Masuk hari raya ketiga, muka Hajar dah mula naik bintik2. Mata pun dah makin sepet. Tak boleh nak bukak lagi... yang belah kanan. Nasib baik belah kiri masih boleh bukak sikit2.

Hari raya ketiga tu, abi dan ummi nak ke Tanah Merah, umah Tok Long yang wat kenduri. Jalan sesak sangat. On the way, abi singgah kat Klinik Kesihatan Pasir Mas. HA cuma bagi ubat allergic dan ubat sapu kat muka Hajar.

Kata HA tu lagi, kalau bengkak makin teruk, terus bawa ke hospital. Naik risau abi dan ummi.

Esoknya, abi bawa Hajar ke HUSM Kubang Kerian. Abang Muazz pun abi bawak gak sebab ada bengkak kat pipi, dan ada nampak air bisa keluar kut bintik kecil. Hmm...

Lama tul kat HUSM. Pukul 7.10 pagi dah sampai hospital, kul 10 pagi baru masuk jumpa doktor. Abang Muazz dan marayu mintak belikan minuman, 100 plus. Hajar pun sama... kerana takut no giliran missed, abi tunggu sampai settled semua urusan... nasib baik Hajar dan Abang Muazz leh sabar... thanks my dear.

Masa menunggu doktor, ramai yang tegur Hajar... kesian tengok muka yang membengkak dan mata yang tak leh nak bukak. Hajar malu, terus peluk abi, sorok mukanya... Sabar ya Hajar...

Doktor bagi ubat antibiotik, ubat allergi dan ubat demam. Banyak gak dos yang dia suruh amik. Antibiotik sampai 10ml. Terkejut farmacist masa tgk prescription daripada doktor tu. Lastnya, dia suruh amik 5ml je. Dia pun terkejut tgk muka Hajar... responnya, nape doktor tak suntik steroid memandangkan mukanya yang teruk kerana bengkak...

Biasanya kalau kes ini melibatkan orang dewasa, doktor akan suntik steroid. Mungkin sebab kesakitan, doktor tidak berani memberi suntikan...

Hari ni, hari ke5. Mata Hajar dah mula boleh bukak walaupun tak sepenuhnya. Namun ada kesan bengkak kat pipi dan muka Hajar... moga2 keadaan Hajar akan bertambah baik...

Yang pasti, kami tak beraya sanagt la tahun ni. Ada jemputan kenduri kahwin kawan ummi (auntie Syikin) tak dapat kami hadir. Sebabnya kesian kat Hajar... yang dah mula gatal2...

Moga Hajar cepat sembuh... kami plan, nak balik Klang ari Sabtu ni. Moga perjalanan kami selamat... InsyaAllah

Gaya Raya 1430H

Salam Eid Mubarak...

Alhamdulillah... kami dapat beraya di kampung macam tahun2 lepas. Yang meriahnya, raya kali ni, bertambahlah lagi ahli keluarga kami... dengan hadirnya adik kami, Asma'.

Abi dan Ummi...

Kami bergambar kenangan di pagi 1 Syawal

Bergambar bersama nenek..


Bersama Cikde dan Ayah Chik... masing2 bakal menamatkan zaman bujang tahun depan, InsyaAllah...

Mohon maaf zahir dan Batin buat semua... :)

Friday, September 11, 2009

Dapat duit raya... yey..yey

Salam...

Pagi tadi, kami dapat duit raya...

Beessstttt... Lum raya pun dah ada orang bagi duit raya. Eksklusif lagi tu... versi Upin dan Ipin.



Terima kasih kat Uncle Hisham yang sudi poskan duit raya ni utk kami bertiga. Yang kaler kuning tu HAJAR dah cop. Yang kaler biru, siapa lagi kalau bukan ABANG MUAZZ punya. Dan yang warna pink tu, ASMA' punya...

Memang kelasss gitu pakcik Hisham ni. Peminat setia Upin dan Ipin. Semua koleksi Upin dan Ipin pakcik Hisham ada. Huhuhu...

Apa pun, terima kasih ya... Sayang Uncle Hisham... nanti jgn lupa kim salam kat Auntie Najibah dan Aqilah... jemput la datang beraya nanti ye...

Salam Aidilfitri... :)

Wednesday, September 02, 2009

Our Family... (abi's Side)

Salam...

Tak sabar nak balik kampung... beraya dengan sepupu2 kami.

Ini gambar keluarga besar belah Abi. Nanti, kalau ada peluang, nak masukkan gambar keluarga besar belah Ummi pulak... selalu tak berkesempatan. Memang ramai sangaaaattt...

Ummi ada 14 adik beradik, Abi ada 6 adik beradik.

Belah ummi, cucu Tok ada 48 orang, belah abi, cucu nenek ada 11 orang.

Kalau dapat berkumpul time raya nanti... mesti meriah... :)



Tak sempat nak letak gambar Asma' dan Adib... :)

Tapi nape lak tetiba ada gambar ciksu dalam nih... hmmm,

Selamat berpuasa dan beribadah sepanjang Bulan Ramadhan 1430H... :)

Blog Pilihan


Abi & Ummi

Asma'

Asma'

Jalan-jalan

Jalan-jalan

Abang Muazz

Abang Muazz

Hajar

Hajar

Keluarga Kami

Keluarga Kami
Keluarga Bahagia... Moga2 hingga ke Syurga... Ameen. Berkatilah hidup kami Ya Rabb

Pemata Hati

Pemata Hati

Jam Kami

Hari ini

Abang Muazz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Asma'

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ulangtahun Abi & Ummi

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Klik dalam kolam utk bagi ikan makan

Kak Hajar

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Abi Kami

My photo
Jurulatih Utama Pendidikan Islam, Program j-QAF, KSSR Negeri Selangor. Kini berkhidmat di SK Desa Putra, Kajang. 2005-2009 di SK Telok Menegon, Klang.

Followers