Thursday, September 24, 2009

Kesian Hajar


Tahun ni, Hajar tak berapa ada mood nak beraya. Sebabnya pada hari raya pertama, mata Hajar dah mula membengkak. Rasanya macam kena allergic. Food Allergic.

Raya pertama, Hajar makan nasi arab kat umah Cik Ngah. Berlaukkan kambing biri-biri. Lepas je balik dari rumah cik ngah, makin besar bengkak kat mata Hajar.

Masuk hari raya ketiga, muka Hajar dah mula naik bintik2. Mata pun dah makin sepet. Tak boleh nak bukak lagi... yang belah kanan. Nasib baik belah kiri masih boleh bukak sikit2.

Hari raya ketiga tu, abi dan ummi nak ke Tanah Merah, umah Tok Long yang wat kenduri. Jalan sesak sangat. On the way, abi singgah kat Klinik Kesihatan Pasir Mas. HA cuma bagi ubat allergic dan ubat sapu kat muka Hajar.

Kata HA tu lagi, kalau bengkak makin teruk, terus bawa ke hospital. Naik risau abi dan ummi.

Esoknya, abi bawa Hajar ke HUSM Kubang Kerian. Abang Muazz pun abi bawak gak sebab ada bengkak kat pipi, dan ada nampak air bisa keluar kut bintik kecil. Hmm...

Lama tul kat HUSM. Pukul 7.10 pagi dah sampai hospital, kul 10 pagi baru masuk jumpa doktor. Abang Muazz dan marayu mintak belikan minuman, 100 plus. Hajar pun sama... kerana takut no giliran missed, abi tunggu sampai settled semua urusan... nasib baik Hajar dan Abang Muazz leh sabar... thanks my dear.

Masa menunggu doktor, ramai yang tegur Hajar... kesian tengok muka yang membengkak dan mata yang tak leh nak bukak. Hajar malu, terus peluk abi, sorok mukanya... Sabar ya Hajar...

Doktor bagi ubat antibiotik, ubat allergi dan ubat demam. Banyak gak dos yang dia suruh amik. Antibiotik sampai 10ml. Terkejut farmacist masa tgk prescription daripada doktor tu. Lastnya, dia suruh amik 5ml je. Dia pun terkejut tgk muka Hajar... responnya, nape doktor tak suntik steroid memandangkan mukanya yang teruk kerana bengkak...

Biasanya kalau kes ini melibatkan orang dewasa, doktor akan suntik steroid. Mungkin sebab kesakitan, doktor tidak berani memberi suntikan...

Hari ni, hari ke5. Mata Hajar dah mula boleh bukak walaupun tak sepenuhnya. Namun ada kesan bengkak kat pipi dan muka Hajar... moga2 keadaan Hajar akan bertambah baik...

Yang pasti, kami tak beraya sanagt la tahun ni. Ada jemputan kenduri kahwin kawan ummi (auntie Syikin) tak dapat kami hadir. Sebabnya kesian kat Hajar... yang dah mula gatal2...

Moga Hajar cepat sembuh... kami plan, nak balik Klang ari Sabtu ni. Moga perjalanan kami selamat... InsyaAllah

0 comments:

Blog Pilihan


Abi & Ummi

Asma'

Asma'

Jalan-jalan

Jalan-jalan

Abang Muazz

Abang Muazz

Hajar

Hajar

Keluarga Kami

Keluarga Kami
Keluarga Bahagia... Moga2 hingga ke Syurga... Ameen. Berkatilah hidup kami Ya Rabb

Pemata Hati

Pemata Hati

Jam Kami

Hari ini

Abang Muazz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Asma'

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ulangtahun Abi & Ummi

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Klik dalam kolam utk bagi ikan makan

Kak Hajar

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Abi Kami

My photo
Jurulatih Utama Pendidikan Islam, Program j-QAF, KSSR Negeri Selangor. Kini berkhidmat di SK Desa Putra, Kajang. 2005-2009 di SK Telok Menegon, Klang.

Followers