Wednesday, July 08, 2009

Ummi Pitam!!!

Abi ke sekolah hari ni macam biasa... pukul 11.30 pagi dah bertolak untuk sampai awal ke sekolah sebab ada kelas tasmik. Kelas tasmik mula pukul 12.00 tengah hari. Tapi kena pergi awal sebab nak siapkan apa yang patut.

Abi tak perasan pun handphone ter'off' dalam poket. Abi pun langsung tak jenguk handphone sebab takde bunyi. Jadi takde la Abi keluarkan handphone tu dari poket.

Cuma, dalam pukul 4.20 petang, lepas loceng rehat bunyi, Abi rasa tak sedap hati. Cuba ambil handphone. Rupanya, handphone tu 'off'... patut la takde bunyi atau 'vibrate'...

Bila Abi switch on kan je handphone tu, bertalu-talu SMS yang masuk. Rupanya ada 'missed calls' dari Ummi. Paling awal jam 1.13 petang... sampai la pukul 1.35 petang. Dekat 18 missed calls yang Abi terima...

Antara SMS yang ummi hantar ummi sebut, ummi tak sedap badan, sakit kepala. Rasa nak pitam...

MasyaAllah... mahu menggelabah Abi dibuatnya. Abi cuba call ummi semula, tapi tak berangkat. Bimbang betul... Ye lah... dari pukul 1.13 petang ummi cuba call Abi, tapi pukul 4.30 petang baru Abi perasan handphone Abi 'off'...

Lepas tu, baru ummi call semula. Suara ummi lemah. Ummi kata ummi dah pitam tengah hari tadi.

Abi terus ke pejabat minta untuk balik ke rumah, hantar ummi ke klinik. Abi berterima kasih kepada Penyelia petang sebab segera izinkan Abi balik.

Abi terus memecut balik ke rumah. Risau apa yang terjadi.

Bila Abi sampai kat rumah, Abi tengok Ummi terbaring... memang tak bermaya. Abang Muazz, Hajar dan Asma' tidur dalam bilik.

Ummi dah lesu. Tak larat nak bangun. Ummi kata ummi dah banyak kali muntah... muntah air. Makan pun tak... Sebab ummi sendiri tak larat nak masak. Ummi kata, Abang Muazz, Hajar dan Asma' pun belum makan lagi... Abang cuma makan keropok je... nak hilangkan lapar. Kesian ummi tengok abang Muazz... tapi apa nak buat, ummi tak larat.

Ummi terus bersiap. Abi bawak Ummi ke klinik. Abang Muazz, Hajar dan Asma' pun ikut sama. Ummi nak dukung Asma' pun dah tak larat. Abi picit-picit kepala ummi.

Dalam kereta, ummi cerita... ummi dua kali pitam. Tak tahu berapa lama... masa ummi sakit sanagt tuh, Asma' nangis... ummi tak tahu nak buat apa... kesian Asma'... Nasib baik la Abang Muazz dan Hajar tak buat hal.

Mungkin masa tu, ummi duk cuba telefon abi banyak kali... Tapi tak dapat... Tak tahulah perasaan ummi masa tuh...

Masa kat klnik pun, ummi banyak kali keluar masuk tandas, muntah. Ummi memang nampak lesu. Kesian ummi... Asma' nangis nak susu... ummi gagahkan jua...

Masa on the way balik dari klinik, ummi muntah lagi. Abi takleh nak urut belakang ummi sebab tengah pegang Asma'... tengah merengek... Abang Muazz yang tolong urut belakang ummi... Nice son...Good boy...

Sampai rumah, dah pukul 6 petang. Nampaknya dah tak sempat nak ke sekolah. Jadi Abi telefon semula penyelia petang.

Lepas solat Asar... Abi tolong ummi... mandikan Abang Muazz dan Hajar. Ummi muntah lagi... habis keluar ubat yang ummi makan tadi... memang sah sah ummi dah tak larat...

Jadi, lepas mandikan Abang Muazz dan Hajar, abi masak nasi dan buat sup ayam. Abang dan Hajar nampak excited sangat... ummi kata, abang dan Hajar dah lapar...

Lepas je masak, Abi terus suapkan nasi untuk Abang Muazz dan Hajar. Banyak betul abang dan Hajar makan. Habis semangkuk penuh...

Panas-panas pun telan gak la... apa nak buat, lapar punya pasal...

Tapi, Alhamdulillah ummi dah ok... syukur pada Allah... sebab menggerakkan hati Abi untuk tengok handphone yang ter'off' dalam poket petang tadi... kalau tidak, tak tahu la macam mana jadinya...

Itu lah... kisah ummi pitam... Hari ni dalam sejarah la tu...

Buat ummi... ingat pesan doktor Rusna tadi yer... kena tinggalkan Ali Cafe dan segala macam minuman berkafein lagi... Walaupun ummi tak bermaya kalau tak minum, tapi demi kesihatan... kena minum Vico dan tea je lepas nih...

Ingat tau... :)

7 comments:

ibnatumusa said...

Cian ummi... alhamdulillah anak2 ummi semua baik2 kan... kirim salam kat ummi ye... pesan kat ummi jaga diri bebaik...

miorjqaf said...

Kasihannya.. Nak tolong pun jauh.. Tolong doakan aje yg mampu.. Semoga kesihatan ummi terus baik dan semakin baik.

Er.. Risau juga sebab di rumah ana pun minuman segera macam tu sudah menjadi rutin harian. Tapi bukan jenis yang sama. Setiap bulan jenama minuman tu akan bertukar samada power root, super power atau nestle dan beberapa jenama lain. Bukan apa.. minum tu dah tak yah letak gula dan susu lagi.. mudah disediakan.. Nampak gayanya nak kena kurangkan la ye!

Abu Muazz said...

Wan, terima kasih... Hari Ini Dalam Sejarah... ambil pengajaran dan 'Ibrah... :)

betul tu Mior...

Dr Rusna kata, minuman yg berkafien tinggi such as Nescafe, Coffee mcm coffee mix, kapal api, power root dan sespesis dengan nya ni tak berapa elok utk kesihatan...

kesannya, mungkin tidak dalam jangka waktu terdekat... mcm zaujah ana ni la.

Pesan doktor, better kurangkan atau lupakan terus...

tukar kepada minuman tenaga... milo ke, vico ke, horlick ke...

tapi kalau sekadar nak ilangkan gian sekali sekala... tak salah kan?

hehe... by the way, terima kasih atas doa tu... walaupun PJJ (Jarak Jauh)... moga2, termaqbul... Ameen

ummu said...

assalamualaikum,salam perkenalan buat Ummu Muazz,macam amna keadaan ummu Muazz sekarang?

Ummu Muazz said...

to Ummu Masyitah: Salam perkenalan. AlhamdulilLah, dah ok.. Tp kena avoid coffee la sekarang, takut dtg balik sakit kepala tu.. :-( thanks for your concern..

Linz said...

Salam..

Alamak! RADIX buleh tak... hurmm.. Acik macam "mai secawan!" setiap hari... Tapi segelas jer...

Ciaann ummi, abi jangan lupa on hp selalu tau. Sebab acik kalau ammu tak berjawab telefon missed call sampai 8 kali, acik rasa nak gigit jer tepon tu. hehehe..

Muazz dan Hajar said...

minum jer lah acik... tapi jgn sampai jadi Radix addicted udah ler...

bukan sengaja off... ter'off'... hehehe. jgn di gigit hp tu... ciyan dia, tak bersalah pun dia...

salam kat ammu yer...

Blog Pilihan


Abi & Ummi

Asma'

Asma'

Jalan-jalan

Jalan-jalan

Abang Muazz

Abang Muazz

Hajar

Hajar

Keluarga Kami

Keluarga Kami
Keluarga Bahagia... Moga2 hingga ke Syurga... Ameen. Berkatilah hidup kami Ya Rabb

Pemata Hati

Pemata Hati

Jam Kami

Hari ini

Abang Muazz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Asma'

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ulangtahun Abi & Ummi

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Klik dalam kolam utk bagi ikan makan

Kak Hajar

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Abi Kami

My photo
Jurulatih Utama Pendidikan Islam, Program j-QAF, KSSR Negeri Selangor. Kini berkhidmat di SK Desa Putra, Kajang. 2005-2009 di SK Telok Menegon, Klang.

Followers