Monday, August 24, 2009

Syoknya... kalaulah...

Syoknya... kalaulah kita semua dapat balik ke kampung cuti sekolah ni kan???

Tapi apa kan daya...

Yang pasti, Nenek tidak lagi bersendirian malam ni... sehinggalah cuti sekolah berakhir minggu depan. Sebab, Nenek dah ada teman. Selain ayah chik yang sentiasa setia menemani Nenek, Cikde dah sampai ke kampung. Balik bercuti, menyambut Ramadhan bersama Nenek.

Cik Ngah dan Ayah Ngah bersama Kak Najihah, Wafa' dan Adib pun ada sama malam ni. Makin meriah la rumah Nenek.

Nenek cakap, nenek masak bubur lambuk. Wah... sampai juga hajat cikde nak makan bubur lambuk air tangan Nenek. Bagi Abi, bubur lambuk Nenek first class. Tiada tandingan. Campuran ulam-ulaman dan lauk yang pelbagai... pastinya dirindui, tatkala Ramadhan menjengah tiba.

Apatahlagi kalau Nenek hidangkan bersama sambal bilis atau sambal udang... pasti menyelerakan.

Tadi, nenek bagitau... Ayah Ngah beli macam-macam lauk. Gulai Kambing, Ayam Percik, dan macam-macam jenis kuih muih. Itu lah ayah ngah... bila dah beli lauk, tak kedekut... cikde cakap tadi, juadah berbuka sampai tak cukup meja... Jangan membazir, udah le yer.

Yang hiba, yang sedih, bukan kerana tak dapat menikmati juadah yang sedap dan enak tuh... Yang hiba, yang sedih, yang dirindui adalah suasana berbuka bersama... tak dapat digambarkan, bagaimana meriahnya malam tadi di rumah nenek...

Bila nenek bagitau je ramai yang berkumpul malam ni di rumah nenek, jatuh beberapa manik kaca dari kolam mata Abi. Sedih dan sebak... rasa macam nak balik je jumpa nenek...

Walaupun sekarang ni kan cuti sekolah... tapi Abi tak dapat nak bawak kita sekeluarga balik bercuti ke kampung... banyak halangannya.

Halangannya... sudah semestinya budget.

Budget tak berapa nak mengizinkan. Tambah pula, keperluan menyambut Aidilfitri (untuk Abang Muazz, Kak Hajar dan Asma') masih belum ada peruntukan.

Ummi pun ada sebut nak buat biskut sendiri, sebab nak save budget. Abi masih belum bagi keputusan... Sebabnya, takut menyusahkan ummi... sekarang ummi tengah 'berperang' nak siapkan disertasi Master. Abi kena bagi ummi rehat juga. Biar ummi dapat buat disertasi dengan aman.

Itupun sebab, kenapa kita tak dapat balik kampung cuti sekolah ni.

Masa cuti ni lah Abi kena hantar ummi ke UM, ke Perpustakaan Awam, hatta ke mana saja ummi rasa perlu untuk memenuhi keperluan untuk siapkan disertasi ummi.

Masa cuti ni juga lah, Abi boleh take over, jaga Abang Muazz, Kak Hajar dan Asma'... kasi ummi 'can' untuk tumpukan pada disertasi Ummi.

Apa lagi sebab kita tak dapat balik???

Bulan depan, roadtax keta Abi dah tamat. Nak kena renew. Mungkin dalam RM300 lebih gak habisnya nanti. So, Abi mintak maaf la sebab tak dapat nak bawak kita sekeluarga bercuti bersama Nenek dan Tok serta Tok Ayah di kampung...

Lagi satu... Khamis ni, Abi kena exam PTK. Tapi itu sebab kecik je lah. Kalau tak ambik exam ni pun Abi tak kesah... best lagi kalau dapat berbuka dengan famili kat kampung.

Harapnya, nenek faham... semoga Nenek bertambah bahagia dan ceria bila cikde ada di sisi.

Kami semua doakan Nenek agar sihat untuk mengerjakan ibadah dalam bulan Ramadhan ni. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur... kita jumpa menjelang Aidilfitri nanti.

Salam sayang buat Nenek di kampung... Kami rindu nenek... :)

0 comments:

Blog Pilihan


Abi & Ummi

Asma'

Asma'

Jalan-jalan

Jalan-jalan

Abang Muazz

Abang Muazz

Hajar

Hajar

Keluarga Kami

Keluarga Kami
Keluarga Bahagia... Moga2 hingga ke Syurga... Ameen. Berkatilah hidup kami Ya Rabb

Pemata Hati

Pemata Hati

Jam Kami

Hari ini

Abang Muazz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Asma'

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ulangtahun Abi & Ummi

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Klik dalam kolam utk bagi ikan makan

Kak Hajar

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Abi Kami

My photo
Jurulatih Utama Pendidikan Islam, Program j-QAF, KSSR Negeri Selangor. Kini berkhidmat di SK Desa Putra, Kajang. 2005-2009 di SK Telok Menegon, Klang.

Followers