Thursday, October 29, 2009

Sembuhkan lah kami... Ya Allah

Dah lama tak update blog nih... Abi agak busy dengan urusan dan tugas.

Sebenarnya, Muazz dan Hajar baru sahaja sihat dari demam, yang disusuli dengan batuk serta selesema. Risau abi dan ummi tengok. Bila dah demam camani, yang paling susah dan saat yang menyukarkan ialah bila time bagi ubat...

Macam perang dunia ketiga pulak... Abang Muazz dah pandai kemam ubat, lepas tu di 'kuek' (luak) balik ubat tadi... Cuma Hajar je yang tak berapa pandai nak kuek... bila lama ubat duk dalam mulut, akhirnya tertelan juga akhirnya...

Tapi, dua hari lepas, Asma' pula yang demam, batuk dan selesema... kesian baby Asma'... tiap kali batuk, Asma' akan muntah... banyak kali kena tukar baju sebab basah dengan muntah susu tuh,.. yang eloknya, keluar kahak dan lendir... tu yang membuatkan Asma' batuk.

Time bagi ubat kat Asma' pun sama... Asma' pun dah pandai kuek ubat... ubat yang diberi dgn shringe tu tak ditelan, sebaliknya dikeluarkan semula dengan lidahnya... Ya Allah... takkan la ketiga2 beradik ni mewarisi abinya masa muda2 dulu... anti-ubat!!!

Asma' walaupun baru je masuk 5 bulan, tapi sudah tahu bezakan antara ubat dan air. Abi cuba suap madu untuk kurangkan batuk... pun sama. Asma' tak telan pun ubat tu, malah cuba memuntahkan semua ubat dan susu yang telah diminum sebelum tuh.

Sampai hari ni, Asma' masih batuk2... kesian baby... Kak Hajar dan Abang Muazz dah kembali ok sikit, walaupun terbatuk lagi sikit2...

Ya Allah... Kau sembuhkan lah kami semua... Ameen Ya Rabb..

1 comments:

Anonymous said...

ooo... nk jadi mcm abg harith jugak ye?? abg harith tu siap kena pegang kalau nk bagi ubat.. dgr perkataan ubat pun dia dah nangis!! sampaikan doktor n nurse pun surrender tau!! tu yg bayk kali msuk keluar wad.. jgn jadi camtu ye.. auntie doakan 3 of you kembali sihat.. kesian kt ummi n abi.. :)

Blog Pilihan


Abi & Ummi

Asma'

Asma'

Jalan-jalan

Jalan-jalan

Abang Muazz

Abang Muazz

Hajar

Hajar

Keluarga Kami

Keluarga Kami
Keluarga Bahagia... Moga2 hingga ke Syurga... Ameen. Berkatilah hidup kami Ya Rabb

Pemata Hati

Pemata Hati

Jam Kami

Hari ini

Abang Muazz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Asma'

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ulangtahun Abi & Ummi

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Klik dalam kolam utk bagi ikan makan

Kak Hajar

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Abi Kami

My photo
Jurulatih Utama Pendidikan Islam, Program j-QAF, KSSR Negeri Selangor. Kini berkhidmat di SK Desa Putra, Kajang. 2005-2009 di SK Telok Menegon, Klang.

Followers