Salam...
Semalam, kami ke PKNS Bangi. Selepas solat maghrib di Masjid Hasanah. Cadangnya cuma nak singgah jalan-jalan sambil cuci mata, tapi rupanya kat sana ada SALE!!!
Shopping barang2 sikit, lepas tu kami pusing-pusing kat tingkat atas. Lalu dekat kedai emas. Terpandang poster "TINDIK TELINGA RM15"...
Ummi dah lama ajak abi tindikkan telingan Hajar dan Asma'... cumanya tak sampai hati, sebab mesti sakit, kan?
Tapi ummi beria-ria ajak abi... abi pun mengalah... Kesian Hajar dan Asma'... menangis jugaklah bila pistol ditembak kat telinga tuh. Tak sampai hati abi nak ambil gambar masa tuh...
Tapi, apa pun... cantik... nice... baru nampak cam girl bila dah tindik telinga tuh...
Bila abi nak ambil gambar, Asma' ok jer... cuma Hajar je yang taknak... malu la tu kot... cuma dia tahu, subang tu... bentuknya bintang... Hajar memang suka STAR... ;)
Ok, ni gambar Asma' sebelum dan selepas bertindik...
Pingat Pertama Amin!
-
Hari ni Amin berjaya mendapatkan pingat pertama dalam hidup Amin! Amin
juara lumba lari kanak-kanak 5 tahun dalam temasya Sukan Tahunan Taski
Inspirasi...
7 years ago