Abang Muazz pun tak ketinggalan... hajar pun sama. Dengan adanya padang yang luas depan rumah, Abang dan Hajar amik kesempatan untuk mulakan sesi latihan semi nak semarakkan lagi Piala Dunia tu nanti... hahahaha
Masing-masing dah sedia dengan posisi. Abang Muazz mulakan sepakan...
Hajar menunggu di pintu gawang...

Abang Muazz membawa bola dengan kemas, tiada hantaran dibuat dek kerana hanya permainan 1 lawan 1... Hajar cuba menggelecek... namun tertewas...

Abang terus membolosi ke kawasan D... Hajar mengejar dari belakang...

Hajar keletihan, tak terdaya mengejar Abang... terus berehat disebelah pintu golnya sendiri, membiarkan Abang merembat bola masuk terus ke gawang gol...

Apa lagi, Abang mengambil peluang dan terus merembat bola...


Pulak daah...
Jadi, permainan ditamatkan... Esok sambung lagi... hehehe
0 comments:
Post a Comment