Sunday, August 30, 2009

Monday, August 24, 2009

Syoknya... kalaulah...

Syoknya... kalaulah kita semua dapat balik ke kampung cuti sekolah ni kan???

Tapi apa kan daya...

Yang pasti, Nenek tidak lagi bersendirian malam ni... sehinggalah cuti sekolah berakhir minggu depan. Sebab, Nenek dah ada teman. Selain ayah chik yang sentiasa setia menemani Nenek, Cikde dah sampai ke kampung. Balik bercuti, menyambut Ramadhan bersama Nenek.

Cik Ngah dan Ayah Ngah bersama Kak Najihah, Wafa' dan Adib pun ada sama malam ni. Makin meriah la rumah Nenek.

Nenek cakap, nenek masak bubur lambuk. Wah... sampai juga hajat cikde nak makan bubur lambuk air tangan Nenek. Bagi Abi, bubur lambuk Nenek first class. Tiada tandingan. Campuran ulam-ulaman dan lauk yang pelbagai... pastinya dirindui, tatkala Ramadhan menjengah tiba.

Apatahlagi kalau Nenek hidangkan bersama sambal bilis atau sambal udang... pasti menyelerakan.

Tadi, nenek bagitau... Ayah Ngah beli macam-macam lauk. Gulai Kambing, Ayam Percik, dan macam-macam jenis kuih muih. Itu lah ayah ngah... bila dah beli lauk, tak kedekut... cikde cakap tadi, juadah berbuka sampai tak cukup meja... Jangan membazir, udah le yer.

Yang hiba, yang sedih, bukan kerana tak dapat menikmati juadah yang sedap dan enak tuh... Yang hiba, yang sedih, yang dirindui adalah suasana berbuka bersama... tak dapat digambarkan, bagaimana meriahnya malam tadi di rumah nenek...

Bila nenek bagitau je ramai yang berkumpul malam ni di rumah nenek, jatuh beberapa manik kaca dari kolam mata Abi. Sedih dan sebak... rasa macam nak balik je jumpa nenek...

Walaupun sekarang ni kan cuti sekolah... tapi Abi tak dapat nak bawak kita sekeluarga balik bercuti ke kampung... banyak halangannya.

Halangannya... sudah semestinya budget.

Budget tak berapa nak mengizinkan. Tambah pula, keperluan menyambut Aidilfitri (untuk Abang Muazz, Kak Hajar dan Asma') masih belum ada peruntukan.

Ummi pun ada sebut nak buat biskut sendiri, sebab nak save budget. Abi masih belum bagi keputusan... Sebabnya, takut menyusahkan ummi... sekarang ummi tengah 'berperang' nak siapkan disertasi Master. Abi kena bagi ummi rehat juga. Biar ummi dapat buat disertasi dengan aman.

Itupun sebab, kenapa kita tak dapat balik kampung cuti sekolah ni.

Masa cuti ni lah Abi kena hantar ummi ke UM, ke Perpustakaan Awam, hatta ke mana saja ummi rasa perlu untuk memenuhi keperluan untuk siapkan disertasi ummi.

Masa cuti ni juga lah, Abi boleh take over, jaga Abang Muazz, Kak Hajar dan Asma'... kasi ummi 'can' untuk tumpukan pada disertasi Ummi.

Apa lagi sebab kita tak dapat balik???

Bulan depan, roadtax keta Abi dah tamat. Nak kena renew. Mungkin dalam RM300 lebih gak habisnya nanti. So, Abi mintak maaf la sebab tak dapat nak bawak kita sekeluarga bercuti bersama Nenek dan Tok serta Tok Ayah di kampung...

Lagi satu... Khamis ni, Abi kena exam PTK. Tapi itu sebab kecik je lah. Kalau tak ambik exam ni pun Abi tak kesah... best lagi kalau dapat berbuka dengan famili kat kampung.

Harapnya, nenek faham... semoga Nenek bertambah bahagia dan ceria bila cikde ada di sisi.

Kami semua doakan Nenek agar sihat untuk mengerjakan ibadah dalam bulan Ramadhan ni. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur... kita jumpa menjelang Aidilfitri nanti.

Salam sayang buat Nenek di kampung... Kami rindu nenek... :)

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan


Selamat Berpuasa kepada semua... :)

Thursday, August 06, 2009

Sannah Helwa Ya Gameelah...

Sannah Helwa Ya Gameelah...

Sannah Helwa Ya Gameelah...

Sannah Helwa Ya Gameelah...

Sannah Helwa Ya Gameelah...

Alhamdulillah... hari ni genap usia Hajar 2 Tahun... ikut kalendar Masihi la...

Abu belikan kek coklat kegemaran semua... terutama ummi tersayang. Walaupun kek tak besar manapun, tapi jelas terpancar kegembiraan Hajar... kali pertama menyambutnya...


Inilah kek coklat Hajar...
Abang Muazz pun bersama meriahkan sambutan ini... terima kasih abang!

Inilah menu yang sempat abi dan ummi sediakan...
ada kek coklat, pulut kuning dan rendang ayam dan karipap... huhu


Abang Muazz dan Hajar dah ready nak potong kek tuh... smile...


Hajar suruh abang Muazz duk tepi pulak, Hajar nak posing sorang-sorang depan kek coklat. Ye lah, Hajar kan Birthday Girl hari nih... pelbagai emosi Hajar tunjukkan... hehehe


Semoga Hajar akan jadi anak yang solehah, penyejuk hati ummi dan abi... dah 2 tahun Kak Hajar... cepat sungguh masa berlalu...

Selain Abi, Ummi dan Abang Muazz... Asma' pun tak ketinggalan meraikan sambutan Malis Hari Jadi Kak Hajar... tengok la Asma' tu... gembira gak dia walaupun tak boleh nak sama-sama makan kek coklat yang best tuh... hehehe

Selamat Hari Jadi Kak Hajar...

Wednesday, July 29, 2009

Cerita Kami

Salam semua...

Ini wajah terbaru adik kami... Asma'

Sekarang dah dua bulan lebih. Gambar ni Abi snap masa umur Asma' dua bulan.



Progress Asma':

- dah pandai senyum bila di agah
- tunjuk muka takut n nangis bila Kak Hajar datang dekat... sebab Kak Hajar ni suka cubit Asma'
- nangis bila orang lain dukung. Nak Abi dan Ummi je.
- taknak duk bawah, tak nak duk dalam baby cot... nak beriba jer... sampai naik lenguh tangan ummi.
- berat Asma' dah cecah 5 kg... berat dah tu
- suka orang bercakap dengan dia... pandai bagi respon.


Ni pulak masa kami jalan-jalan di Masjid Negeri Shah Alam... lepas je pergi Pesta Buku Selangor, Abi dan Ummi singgah solat Zuhur kat sini...

Best kami pusing-pusing kat sini... seronok sangat...

Hajar dengan aksi bersahaja... Abang Muazz pulak puas nak posing, senyum sampai nampak gigi sopehnya... takpe abang Muazz... abang tetap hensem la... :)


Thursday, July 16, 2009

Terbaru... Asma'

Salam...

Gambar terbaru Asma'.... after 50 days

Makin montel...






Suka tidur siang hari... malam pulak, ummi terpaksa berjaga... huhu

Monday, July 13, 2009

Abang Muazz baca Iqra'


Malam tadi Abang Muazz baca Iqra' dengan Abi.

Ulang balik yang baca sebelum ni. Setakat malam tadi, Abang Muazz dah boleh kenal beberapa huruf dan sebutan.

Iqra' 1 muka surat 5... A, Ba, Ta, Tha dan Ja...

Abang Muazz dah mula suka bila Abi puji... "betul"... "pandai"... "bijak"...

Moga Abang Muazz cepat pandai yer... Azam abi dan ummi... nak hantar Abang Muazz sekolah Tahfiz. Mudah mudahan Abang Muazz jadi Hafiz yang baik... InsyaAllah.

Malam nanti kita ngaji lagi yer... Hajar pun join sekali tau... :)

Wednesday, July 08, 2009

Ummi Pitam!!!

Abi ke sekolah hari ni macam biasa... pukul 11.30 pagi dah bertolak untuk sampai awal ke sekolah sebab ada kelas tasmik. Kelas tasmik mula pukul 12.00 tengah hari. Tapi kena pergi awal sebab nak siapkan apa yang patut.

Abi tak perasan pun handphone ter'off' dalam poket. Abi pun langsung tak jenguk handphone sebab takde bunyi. Jadi takde la Abi keluarkan handphone tu dari poket.

Cuma, dalam pukul 4.20 petang, lepas loceng rehat bunyi, Abi rasa tak sedap hati. Cuba ambil handphone. Rupanya, handphone tu 'off'... patut la takde bunyi atau 'vibrate'...

Bila Abi switch on kan je handphone tu, bertalu-talu SMS yang masuk. Rupanya ada 'missed calls' dari Ummi. Paling awal jam 1.13 petang... sampai la pukul 1.35 petang. Dekat 18 missed calls yang Abi terima...

Antara SMS yang ummi hantar ummi sebut, ummi tak sedap badan, sakit kepala. Rasa nak pitam...

MasyaAllah... mahu menggelabah Abi dibuatnya. Abi cuba call ummi semula, tapi tak berangkat. Bimbang betul... Ye lah... dari pukul 1.13 petang ummi cuba call Abi, tapi pukul 4.30 petang baru Abi perasan handphone Abi 'off'...

Lepas tu, baru ummi call semula. Suara ummi lemah. Ummi kata ummi dah pitam tengah hari tadi.

Abi terus ke pejabat minta untuk balik ke rumah, hantar ummi ke klinik. Abi berterima kasih kepada Penyelia petang sebab segera izinkan Abi balik.

Abi terus memecut balik ke rumah. Risau apa yang terjadi.

Bila Abi sampai kat rumah, Abi tengok Ummi terbaring... memang tak bermaya. Abang Muazz, Hajar dan Asma' tidur dalam bilik.

Ummi dah lesu. Tak larat nak bangun. Ummi kata ummi dah banyak kali muntah... muntah air. Makan pun tak... Sebab ummi sendiri tak larat nak masak. Ummi kata, Abang Muazz, Hajar dan Asma' pun belum makan lagi... Abang cuma makan keropok je... nak hilangkan lapar. Kesian ummi tengok abang Muazz... tapi apa nak buat, ummi tak larat.

Ummi terus bersiap. Abi bawak Ummi ke klinik. Abang Muazz, Hajar dan Asma' pun ikut sama. Ummi nak dukung Asma' pun dah tak larat. Abi picit-picit kepala ummi.

Dalam kereta, ummi cerita... ummi dua kali pitam. Tak tahu berapa lama... masa ummi sakit sanagt tuh, Asma' nangis... ummi tak tahu nak buat apa... kesian Asma'... Nasib baik la Abang Muazz dan Hajar tak buat hal.

Mungkin masa tu, ummi duk cuba telefon abi banyak kali... Tapi tak dapat... Tak tahulah perasaan ummi masa tuh...

Masa kat klnik pun, ummi banyak kali keluar masuk tandas, muntah. Ummi memang nampak lesu. Kesian ummi... Asma' nangis nak susu... ummi gagahkan jua...

Masa on the way balik dari klinik, ummi muntah lagi. Abi takleh nak urut belakang ummi sebab tengah pegang Asma'... tengah merengek... Abang Muazz yang tolong urut belakang ummi... Nice son...Good boy...

Sampai rumah, dah pukul 6 petang. Nampaknya dah tak sempat nak ke sekolah. Jadi Abi telefon semula penyelia petang.

Lepas solat Asar... Abi tolong ummi... mandikan Abang Muazz dan Hajar. Ummi muntah lagi... habis keluar ubat yang ummi makan tadi... memang sah sah ummi dah tak larat...

Jadi, lepas mandikan Abang Muazz dan Hajar, abi masak nasi dan buat sup ayam. Abang dan Hajar nampak excited sangat... ummi kata, abang dan Hajar dah lapar...

Lepas je masak, Abi terus suapkan nasi untuk Abang Muazz dan Hajar. Banyak betul abang dan Hajar makan. Habis semangkuk penuh...

Panas-panas pun telan gak la... apa nak buat, lapar punya pasal...

Tapi, Alhamdulillah ummi dah ok... syukur pada Allah... sebab menggerakkan hati Abi untuk tengok handphone yang ter'off' dalam poket petang tadi... kalau tidak, tak tahu la macam mana jadinya...

Itu lah... kisah ummi pitam... Hari ni dalam sejarah la tu...

Buat ummi... ingat pesan doktor Rusna tadi yer... kena tinggalkan Ali Cafe dan segala macam minuman berkafein lagi... Walaupun ummi tak bermaya kalau tak minum, tapi demi kesihatan... kena minum Vico dan tea je lepas nih...

Ingat tau... :)

Sunday, July 05, 2009

Kisah Abang Muazz

Salam...

Hari ni dah genap 2 minggu abang Muazz praktis tak pakai dypers... nampak gayanya dah mula menunjukkan prestasi yang membanggakan...

Tahniah abi dan ummi ucapkan. Sebelum ni..:

  • setiap 5 minit, pasti abang Muazz akan ajak abi atau ummi ke toilet, walaupun kencing setitik dua jer...
  • ummi dan abi pasti akan tanya... "abang, nak ke tandas ker?" - abang pasti terus pecat seluar, pantang ditanya... tapi takde la kencing sangat pun...
  • bila abang Muazz dah boring asyik ulang alik ke tandas, akhirnnya... abang Muazz cakap kat ummi dan abi.. "nak pakai pampers... nak pakai pampers..." abang Muazz pujuk gak abi dan ummi... tapi, abi dan ummi cuma pakaikan pampers bila abang Muazz tidur je, bimbang takleh nak kawal lagi...
Tapi sekarang... (till now) abang Muazz dah boleh kawal dengan baik. Bila betul-betul nak ke tandas je, baru abang ajak abi atau ummi.

Bagus, abang Muazz... Tahniah. Moga berjaya yer...

Jimat la sikit peruntukan nak beli dypers... Alhamdulillah...

Lepas ni turn Hajar pulak nak ikut silibus ni. Bersedia tau Hajar... Gambatte anak-anakku

Dah habis pantang?

Salam...

Jumaat lepas, genap 40 hari Asma' dilahirkan. Ummi pun, dah 40 hari melahirkan Asma'. Ummi cakap, ummi dah habis pantang, ye ker?

Maknanya, boleh la kami keluar jalan sama-sama, nanti? Bestnye... dah lama tak keluar jalan-jalan sama-sama...

Tak sabar rasanya nak jalan-jalan ni...

Abi... jom la... kami nak jalan-jalan ni. Jom la... jom la...

Blog Pilihan


Abi & Ummi

Asma'

Asma'

Jalan-jalan

Jalan-jalan

Abang Muazz

Abang Muazz

Hajar

Hajar

Keluarga Kami

Keluarga Kami
Keluarga Bahagia... Moga2 hingga ke Syurga... Ameen. Berkatilah hidup kami Ya Rabb

Pemata Hati

Pemata Hati

Jam Kami

Hari ini

Abang Muazz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Asma'

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ulangtahun Abi & Ummi

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Klik dalam kolam utk bagi ikan makan

Kak Hajar

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Abi Kami

My photo
Jurulatih Utama Pendidikan Islam, Program j-QAF, KSSR Negeri Selangor. Kini berkhidmat di SK Desa Putra, Kajang. 2005-2009 di SK Telok Menegon, Klang.

Followers