Monday, May 11, 2009

Detik Cemas Muazz

Salam...

Abang Muazz dan Hajar,

Maafkan abi, izinkan abi mencelah sekejap di blog abang Muazz dan Hajar...

Abi nak cerita sedikit pengalaman semasa abi dan ummi menanti kelahiran abang Muazz. Tak sempat abi nak ceritakan pada hari lahir abang Muazz, jadi kesempatan yang ada ni, abi nak gambarkan bagaimana keadaan abi dan ummi ketika itu...

Versi seorang bapa...

Kisahnya bermula begini...

Jeng jeng jeng...

====

Hari itu hari Rabu. 3 Mei 2006. Waktu itu abi di sekolah. Ummi pun kat sekolah. Tapi abi di Klang, Ummi di Subang Jaya. Hari itu umi agak lewat ke sekolah sebab ada last check up untuk Muazz. So, lepas habis check up, abi hantar ummi ke sekolah. Nasib baik abi sekolah petang.

Sedang abi nak masuk kelas, abi terima panggilan telefon daripada ummi. Jam ketika itu pukul 2.30 petang. Ummi kata, ummi bleeding. Mau tak terkejut abi dengar!!! Tak dapat abi nak bayangkan dan gambarkan perasaan abi ketika itu. First time... Muazz. Abi agak panik sangat masa tu. Abi segera jumpa Penyelia Petang minta izin nak keluar amik ummi dan hantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah.

Sampai di HTAR lebih kurang jam 4.30 petang. Terus abi bawak ummi ke ER. Bila nak register, ummi kata, ummi tertinggal Buku Merah kat sekolah. Keadaan bertambah kalut dan panik. Nak patah balik ke Subang Jaya masa tu, cukup jammed. Peak hours... semua orang balik kerja. Jalan susah tentu makin sesak.

Alhamdulillah, Allah bagi pertolongan buat kami. Abi teringat ada kawan ummi yang tinggal di Banting. jadi, abi minta tolong kawan umi yang on the way balik ke Banting untuk tolong ambilkan rekod check up tu.

Ummi warded. Kena tahan sebab doktor kata dah pecah ketuban darah. Tapi katanya, mungkin lambat lagi. Abi ulang alik ke HTAR belah pagi, kemudian datang semula belah malam. Kesian ummi sorang-sorang kat sana.

4 Mei 2006. Masih lagi belum tunjuk tanda-tanda Muazz akan dilahirkan. Ummi dah boring kat hospital. Ummi pujuk abi, nak balik. Doktor tak bagi. Kalau ikut due, Muazz dijangka lahir pada 22 Mei. Lambat lagi tuh.

Lepas abi balik sekolah petang khamis tuh, abi duduk sekejap di ruang tamu, berehat. Malam tu pergi lambat sikit ke hospital. Abi takde selera nak makan. Abi cuma masak mee maggi je. (Opss... ummi tak tahu tuh. Abi tak bgtau pun. ) Tengah2 layan makan, abi dapat SMS daripada ummi, katanya air ketuban dah pecah! Maknanya, Muazz dah nak keluar.

Abi bergegas ke hospital. Waktu melawat dah lama habis. Abi cuma boleh tunggu kat luar. Tapi abi minta dengan pengawal tu, nak masuk kejap. Nak amik barang-barang berharga ummi sambil nak bagi ummi minum air selusuh.

5 Mei 2006. Jam 1.30 pagi. Ummi dibawa masuk ke labour room. Kata Ummi tadi, air ketuban pecah dalam pukul 10 malam. Abi tidak dibenarkan masuk bersama. Kesal sungguh. Kena tunggu luar. Kalau di hospital swasta, pasti abi dapat bersama melalui detik indah bersama ummi, tapi... apakan daya abi, waktu itu, keadaan kewangan tidak mengizinkan.





Ramai sanak saudara kat kampung, abi SMS. Minta doa daripada mereka semua. Nenek dan tok di kampung, abi telefon. Ye lah, kat sini... abi dan ummi jer. Takde sesiapa. Dah la pengalaman pertama. Abi agak panik bila ummi masuk labour room.

Abi cuma banyakkan berdoa agar ummi dan Muazz selamat. Abi baca Yasin agar ummi tenang dan kuat. Lama abi tunggu kat luar. Jam banyak kali abi jeling. Jam 4.00 pagi, ummi masih belum keluar jugak.


MasyaAllah... lama betul.


Tepat jam 5.15 pagi jumaat, 5 Mei 2006, ummi disorong keluar daripada bilik bersalin. Ummi tersenyum, tapi kelihatan penat.

Alhamdulillah, ummi dan Muazz selamat. Abi kucup ummi dan Muazz. Bagai tak percaya, abi dah jadi bapa. Bapa kepada Muazz. Abi amik Muazz, abi azan dan iqomat kan. Bagai nak menitis air mata abi ketika itu, tanda kesyukuran yang tidak terhingga kerana Muazz lahir dalam keadaan yang sihat.

Ummi cakap, sebenarnya Muazz dah lama keluar. Maknanya Muazz dah lama lahir. Seingat Ummi jam 2.05 pagi. Wow... kenapa lak lama dalam labour room sampai jam 5.15 baru keluar?

Saat itu, begitu bermakna buat abi dan ummi. Walaupun abi dan ummi sahaja yang menyambut Muazz. Takde keluarga yang lain. Abi bangga dengan ummi. Dengan semangat ummi.

Muazz hanya boleh keluar wad pada hari Sabtu. Tok datang dari kampung, sampai pagi Sabtu. Pakcik Nazri yang hantar dari Kelantan. Ada la peneman ummi, abi dan Muazz...

Tengah hari Sabtu 6 Mei 2006, Abi bawak balik Muazz ke rumah sewa kita di Bandar Puteri, rumah kawan abi, Uncle Saiful dan Auntie Nashwa yang ke Jepun.

Bertambah tanggungjawab abi dan ummi. Tanggungjawab yang begitu bermakna buat kami. Kehadiran Muazz telah mengubah hidup abi dan umi.

Abi dan Umi sentiasa berdoa agar suatu hari nanti, bila Muazz dah besar, Muazz akan jadi salah seorang Huffaz Al-Quran, InsyaAllah...

Abi dan Umi juga harap, Muazz dapat jadi seorang abang yang terbaik buat adik-adik nanti. Abang kepada Hajar, dan abang kepada adik yang bakal lahir tidak lama lagi, InsyaAllah. Tunjukkanlah contoh yang terbaik buat mereka.

Abang Muazz lah tempat abi dan umi harapkan untuk jaga adik-adik suatu hari nanti, tatkala abi dan ummi sudah dijemput Allah. Abi dan Ummi akan bekalkan sebanyak mungkin ilmu untuk Muazz harungi kehidupan yang kian mencabar nanti...

1 comments:

Azizi said...

jauh telah langkah ku jelajah
dakapmu lama yang ku rindu
Luas Sudah Ku Lihat dunia
senyummu ukiran terindah
tiap perilaku dan budimu
tiap airmata tumpah darah
menjadi perlambangan sejati
kasih tak bersyarat

Ibu...
redup matamu
memayungi bahagiaku
hanya ditapak kakimu
terletaknya syurga buat ku...

Semoga Muazz & adik2 jd anak yag Soleh&solehahah...ameeen('',)

Blog Pilihan

Abi & Ummi

Asma'

Asma'

Jalan-jalan

Jalan-jalan

Abang Muazz

Abang Muazz

Hajar

Hajar

Keluarga Kami

Keluarga Kami
Keluarga Bahagia... Moga2 hingga ke Syurga... Ameen. Berkatilah hidup kami Ya Rabb

Pemata Hati

Pemata Hati

Jam Kami

Hari ini

Abang Muazz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Asma'

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ulangtahun Abi & Ummi

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Klik dalam kolam utk bagi ikan makan

Kak Hajar

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Abi Kami

My photo
Jurulatih Utama Pendidikan Islam, Program j-QAF, KSSR Negeri Selangor. Kini berkhidmat di SK Desa Putra, Kajang. 2005-2009 di SK Telok Menegon, Klang.

Followers