Wednesday, June 10, 2009

Pra Cukur

Salam...

Kami nak citer sikit pengalaman kat umah Tok dan Tok Ayah masa nak buat kenduri kesyukuran cukur adik kami, Asma'... meriah, memang meriah. Tanpa menggunakan khidmat luar pun, tok mampu buat semua kije ni dengan kudrat yang ada...walaupun tak baper sihat... kesian Tok... tapi, tok semangat...

Kenduri kesyukuran ni buat kecil2 lan je. Abi tak jemput ramai pun kawan2 abi dan umi. Tok buat makan anak beranak je. InsyaAllah, bila ada rezeki buat Aqiqah Asma' nanti, jemput la semua yer... :)

Ni ada beberapa gambar kami nak kongsi... buat ciksu kat mesir, cikde kat JB, makcik Tihah kat KL dan sesapa jer... jangan jeles tau... huhu



Ayam Percik yang best sangaaaat...


Ni daging nak buat masak kerutuk... tak sempat nak amik gmbar yg dah siap... nnt terliur pulak... hehehe, tak banyak pun... sikit jer




Yang ni plak, Tok tgh buang biji lada hijau nak buat solok lada, best tul... sungguh enak dimakan begitu saja... ooo solok lada...

Nak tau sapa yang jadi tukang masak semua nih?

Meh kita pergi berkenalan... huhu



Haa.. ni lah dia tukang kacau nya... Abi tgh duk posing bele bele kacau awah kerutuk... hok duk interfrme tu, Yie... sepupu kitorang, anak makcik Tie...

Yang kerja kerasnya... sapa lagi, tak lain tak bukan...


Makcik Tie kami... tak duduk diam langsung... Kul 4 pagi dah sampai umah Tok, bakar ayam percik. Memang best la Makcik Tie nih... Yang duk kontrol ayu sambil angkat ayam yang hampir masak tu, Makcik Ain... mak sedara kami yang paling bongsu... :)



Haaaa,.... ni la mastermind a.k.a Chief Chef yang sebeanarnya.... Tok kami... demi menjaga Q.C (quality control), tok akan pantau perjalanan dan pastikan semua di bawah kawalan...

Apa pun, terima kasih banyak2 la Tok yer... :) Sayang Tok...

0 comments:

Blog Pilihan

Abi & Ummi

Asma'

Asma'

Jalan-jalan

Jalan-jalan

Abang Muazz

Abang Muazz

Hajar

Hajar

Keluarga Kami

Keluarga Kami
Keluarga Bahagia... Moga2 hingga ke Syurga... Ameen. Berkatilah hidup kami Ya Rabb

Pemata Hati

Pemata Hati

Jam Kami

Hari ini

Abang Muazz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Asma'

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ulangtahun Abi & Ummi

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Klik dalam kolam utk bagi ikan makan

Kak Hajar

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Abi Kami

My photo
Jurulatih Utama Pendidikan Islam, Program j-QAF, KSSR Negeri Selangor. Kini berkhidmat di SK Desa Putra, Kajang. 2005-2009 di SK Telok Menegon, Klang.

Followers