Wednesday, June 10, 2009

Shukur...dah selamat Cukur

Salam semua...

Alhamdulillah, majlis cukur adik kami Asma' telah selamat dilangsungkan semalam, hari Isnin jam 7.15 pagi. Kami pun bangun awal pagi nak tengok adik kami kena cukur... hehe

Ni dia bahan-bahan yang disediakan...



Ada air zam-zam, buah tamar, gunting, garam, gula dan asam ....


Ni majlis dah nak mula... Tok Ayah ajak tak ramai pun... tok tok imam yang duduk dekat rumah Tok Ayah tu jer...


Asma' dah mula tak senang duduk... mula la paling kanan, paling kiri... nampak cam gelabah jer.. ye lah, mesti Asma' 'cuak' bila ramai duk likung dia... ntah apa yang Asma' duk pikir tu yer...



Asma' makin panik je nampak... Tok Imam dah nak mula tuh... Sabar ye dik... kejap jer...


Asma' pandang Abi... minta simpati... Takpe, takde apa2 pun Asma'... rilek, abang dan kak ada nih... sabar ye dik



Tok Imam mula masukkan manisan kurma dan kismis dalam mulut Asma'... maka bermula lah acara belah mulut adik Asma'...


Lor... nape Asma' nangis tuh... manis sangat ker??? Jangan lah nangis...



Tok Imam mula nak suap adik Asma' air zam-zam...

Nangis lagi? Ummi kata, adik Asma' dah kenyang minum susu nih... ni mesti kes malu dan takut nih... ish ish ish


Maka rambut Asma' pun digunting seorang demi seorang sampai la 7 orang...



Ni Tok Ayah orang yang ke 6.... hati2 betul Tok Ayah nih....

Abi jadi penggunting rambut yang ke 7... takde sapa nak tolong amik gambar...huhu


Selesai je selawat... Asma' terus dapatkan ummi... Rasa leganya yang teramat dalam pelukan ummi tu...


Fuuh.... lega... semua dah selesai...


Haa... ni la lagak Asma' bila nak susu... melorongkan mulutnya ke kiri dan kanan... nak susu yer... nanti Kak Hajar panggilkan Ummi yer... sabar ye dik...


Haa... bila dah kenyang... apa lagi, todur je lah. Nak main, tak kuat lagi. Nak sembang ngan Kak Hajar, tak reti lagi... tidor je lah yer...


Tidur2 ayam ke tu Asma'???

Alhamdulillah... shukur, moga amalan ni mendapat pahala ibadah dan sunnah. Bukan dijadikan adat semata-mata...

Nanti, buat Aqiqah lak... InsyaAllah... :)

Terima kasih kepada semua yang terlibat yer.... syukran

0 comments:

Blog Pilihan


Abi & Ummi

Asma'

Asma'

Jalan-jalan

Jalan-jalan

Abang Muazz

Abang Muazz

Hajar

Hajar

Keluarga Kami

Keluarga Kami
Keluarga Bahagia... Moga2 hingga ke Syurga... Ameen. Berkatilah hidup kami Ya Rabb

Pemata Hati

Pemata Hati

Jam Kami

Hari ini

Abang Muazz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Asma'

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ulangtahun Abi & Ummi

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Klik dalam kolam utk bagi ikan makan

Kak Hajar

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Abi Kami

My photo
Jurulatih Utama Pendidikan Islam, Program j-QAF, KSSR Negeri Selangor. Kini berkhidmat di SK Desa Putra, Kajang. 2005-2009 di SK Telok Menegon, Klang.

Followers